Keadaan kini Bumiputera

Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas tentang pergantungan Bumiputera pada dasar pro-Bumiputera:-

"Kita sudah cuba beritahu mereka kalau bergantung pada subsidi, nanti akan menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kita beritahu kalau gunakan tongkat, nanti tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana masih ada kemampuan. Saya pernah cakap pasal ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapat wang, tidak apa-apa, kata mereka."

Mahathir Mohammad pada tahun 2004 mengulas graduan Melayu mempunyai kadar pekerjaan rendah kerana "graduan Cina memilih mata pelajaran yang betul supaya mereka boleh diambil. Kami dapati bahawa graduan Melayu, terutamanya yang berasal dari aliran Melayu, tidak fasih berbahasa Inggeris. Tidak kisah berapa harga anda letak pada sijil, hakikatnya majikan hendak mengupah seseorang yang dapat berkomunikasi. Majikan itu bukan Melayu, mereka dari luar negara. Dan sekiranya mereka tidak dapat berkomunikasi dengan anda, mereka tidak akan mengambil anda."

Tambahan pula, penuntut Melayu yang ditaja oleh kerajaan cenderung untuk mengambil mata pelajaran seperti Hukum Syariah, Sejarah Islam dan lain-lain mata pelajaran berkaitan Islam. Daripada memilih untuk belajar Bahasa Inggeris dan mata pelajaran yang bernilai ekonomi (contohnya Kejuruteraan, Perubatan dan sebagainya) ada yang pergi melanjutkan pelajaran di Timur Tengah dan mempelajari Bahasa Arab. Namun demikian, akibat tindakan yang kurang pragmatik ini adalah malang - pada Jun 2006, ia didedahkan bahawa sekumpulan 169 penuntut yang dihantar ke Universiti Al-Azhar di Kairo menghadapi masalah dengan Bahasa Arab, dan hanya 5 penuntut yang menghabiskan kursus mereka. Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah mengkritik tren kalangan penuntut Melayu untuk memilih "mata pelajaran senang" yang langsung tiada nilai di pasaran kerja.

Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia, Mustapa Mohamed, pernah menyatakan keinginan kerajaan untuk mengambil lebih staf akademik bukan Bumiputera untuk "mencapai taraf institusi kelas antarabangsa", yang menandakan suatu usaha ke arah mengurangkan profail berdasarkan kaum di kalangan ahli akademik.

Namun, setakat 2007, kaum Cina Malaysia menguasai kerjaya akauntan, arkitek dan jurutera manakala kaum India Malaysia menguasai kerjaya veterinarian, doktor, peguam dan doktor gigi jauh melebihi nisbah populasi masing-masing berbanding Bumiputera.